Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini




Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

“Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar kearah pelajar semasa proses penulisan.Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negative apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.)(Normaliza Abd Rahim,2014)

“Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
 (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim,2017)

Huraian:
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) pelajar yang menulis penceritaan secara individu telah meninggalkan impak yang mendalam kepada pelajar. Hal ini kerana, semasa menulis penulisan, cabaran seseorang individu atau pelajar itu ialah kurang berkeyakinan dalam menulis. Mereka juga bersikap negative apabila orang lain membaca apa yang ditulis oleh mereka. Hal ini telah memberi cabaran kepada mereka untuk menulis sesuatu penulisan.

Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim pula, pelajar lebih selesa untuk terlibat dalam penglibatan terus dalam aktiviti. Mereka lebih fokus untuk mempelajari dan lebih bersemangat dalam proses penglibatan bahasa. Penglibatan secara terus dalam aktiviti ini penting kerana, ianya tidak akan menimbulkan salah faham sesuatu perkara dalam pembelajaran. Mereka akan lebih fokus dan lebih memahami tentang apa yang diterangkan dan ianya juga boleh mengelakkan mereka dari kebosanan semasa proses pembelajaran berlaku.


Bab 2: Twitter dan Trend Terkini



Rujukan:


Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim(2019), Eh!!! Media Sosial: Universiti Putra Malaysia
Normaliza Abd Rahim (2014)

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar 2021 yang saya hasilkan sendiri menggunakan aplikasi Photoshop. Proses membuat kalendar ini sa...