Friday 6 March 2020

BBM3410Satu: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


Rumusan  Keputusan dan Perbincangan








Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan  dengan objektif kajian iaitu berkaitan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Berdasarkan perspektif responden tentang blog berkenaan pengajian kesusasteraan, boleh dilihat bahawa kebanyakkan responden memilih salah satu daripada genre seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. 80% daripada responden wanita menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi. Keputusan juga menunjukkan bahawa lelaki mencadangkan puisi adalah genre yang sesuai untuk ditulis dalam blog. Menulis puisi adalah berdasarkan emosi mereka terhadap seseorang. Responden menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan dan juga berlatih menggunkana perkataan yang sesuai. Dalam cerpen pendek pula, 86.7% responden lelaki dan 96.7% responden menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis cerpen pendek.









Penulisan blog juga dipilih sebagai ayat dalam pembelajaran bahasa . Ia boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dam juga penulisan kritis daripada blog. 80% responden lelaki dan 83.3% responden wanita memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran bahasa melalui penulisan blog. Responden wanita memperoleh peratusan yang tinggi kerana mereka suka menulis surat kepada teman istemewa atau kedua ibu bapa mereka. Responden lelaki lebih suka bersemuka. Dalam menulis surat, ia dapat bantu meningkatkan keyakinan mereka dalam menulis. Ia juga dapat memberi kepuasan kepada mereka. Menulis blog juga dapat memberi mereka kepuasan. 66.7%  responden lelaki dan 10% responden wanita menyatakan bahawa meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog. Responden wanita lebih bersikap sentimental. Responden lelaki tidak suka meluahkan perasaan melalui blog kerana ia membuatkan mereka merasa malu. 93.3% responden lelaki dan 96.7% responden wanita menyatakan menulis teka teki dalam blog ialah salah satu kaedah yang disukai mereka. Mereka suka menulis teka teki kerana menerima banyak komen daripada pembaca melalui komen. Ia dapat membantu meningkatkan motivasi mereka untuk responden menulis lebih lagi teka teki dalam bahasa sasaran.




Penulisan blog dalam pembelajaran teknologi pula menyarakan bahawa responden lebih suka kontens berkenaan video, audio dan fotografi dalam blog. Mereka menyatakan bahawa teknologi dapat memotivasikan mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu. 100% responden lelaki dan wanita menyatakan dengan memasukkan video kedalam blog dapat memberi kepuasan kepada mereka. Musik video yang dipilih juga sesuai dan berkaitan dengan cerita yang ditulis. Bagi audio pula, 100% responden lelaki dan wanita memberi respon untuk memasukkan audio kedalam video mereka. Ini kerana kesemua blog mengandungi lagu kegemaran mereka . Responden menyatakan bahawa mereka menyukai lagu sentimental dan mereka lebih menyukai persekitaran yang tenang apabila menulis blog. Responden lain turut menyatakan bahawa mereka lebih menyikai lagu tekno dan ia memang luar biasa dalam kalangan pelajar Korea. Bagi gambar pula, 93% responden lelaki dan 100% responden wanita menyatakan meletakkan gambar dalam blog boleh menyiapkan hantaran. Peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding lelaki kerana wanita lebih suka menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar dan menghantarkannya terus ke dalam blog. Memuat turun gambar melalui telefon adalah lebih mudah kerana tidak memerlukan wayar sambungan untuk memindahkan gambar ke dalam computer.




Rujukan

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim(2019), Eh!!! Media Sosial
Normaliza Abd Rahim (2014)















No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar 2021 yang saya hasilkan sendiri menggunakan aplikasi Photoshop. Proses membuat kalendar ini sa...