Friday 6 March 2020

BBM3401Satu2020: NOTA ASAS GRAFIK

Nota Asas Grafik







Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami untuk semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serpa apa juga bahan yang mengandungi grafik. Pemilihan foto atau video yang mempunyai asas grafik adalah penting kerana asas grafik merupakan elemen penting dalam setiap grafik yang dipaparkan. Pemahaman tentang asas grafik adalah penting dalam penyampaian mesej berbentuk grafik. Antara elemen asas grafik ialah mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

1. Mudah
    Midah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah                difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. Malah, mudah juga dilihat sebagai sesuatu        mesej yang tedapat gambaran tersebut mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan.

2. Warna
     Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam       bentuk foto mahupun video. Grafik yang wajar seharusnya mengandungi 3 warna sahaja. Namun,       terdapat grafik yang melebihi 3 warna itu kebanyakkan didapati dalam video atau foto dan ianya         terpulang kepada objektif yang ingin disampaikan.

3. Teks
     Teks merujuk kepada saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Kandungan yang terdapat       dalam grafik juga dalam pemahaman grafik. Warna yang terdapat dalam font juga memainkan             peranan yang penting dalam asas grafik.

4. Kesesuian
    Kesesuaian dalam grafik ini desefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar ,masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto ataupun video. Setiap watak              ataupun bahan dalam grafik mestilah bersesuaian antara satu sama lain.

5. Keseimbangan
    Dalam grafik, kesesuaian merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang ialah yang                   dimaksudkan dengan ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah. Sama ada ruang kosong                 ataupun   grafik yang sama berat di ruang tersebut. Namun, seimbang juga diterima apabila grafik       dilihat dapat disampaikan dengan baik.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim. (2019).Multimedia dalam bahasa. Selangor:  Universiti Putra Malaysia. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar 2021 yang saya hasilkan sendiri menggunakan aplikasi Photoshop. Proses membuat kalendar ini sa...