Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020; Penulisan Blog

10 Cara menulis blog dengan baik:

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujan terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan  anda dengan berita terkini.
6. Gaunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berimu untuk penulisan pendidikan.

                                                                         

Dalam ilmu penulisan blog, saya mendapati bahawa ianya merupakan satu pembelajaran yang harus dipelajari oleh semua pelajar. Hal ini kerana ianya merupakan satu ilmu yang boleh mendatangkan manfaat kepada penulis mahupun pembaca. Ia juga meupakan satu bidang yang boleh melatih penulis untuk berkomunikasi dengan baik. Sebagai contoh, penulis boleh berkomunikasi dengan pembaca yang membaca blog mereka dengan saling memberi komen pada penulisan blog yang ditulis sama ada ianya memerlukan sebarang penambahbaikan ataupun tidak. Dengan ini penulis boleh melatih diri untuk mempamerkan bakat yang ada seperti penulisan mengenai resepi makanan, tips melancong dan sebagainya. Hal ini boleh mendatangkan manfaat kepada pembaca yang masih belum mengetahui atau masih mencari sesesuatu ilmu tersebut. Dalam pada itu, penulisan blog  dan pemilihan font yang menarik juga boleh mempengaruhi pembaca. Hal ini kerana, sesuatu penulisan yang menarik boleh mempengaruhi pembaca sama ada ingin meneruskan membaca ataupun tidak. Sebagai contoh, latar blog dan warna yang menarik, kreatif dan kemas boleh mempengaruhi pembaca untuk membaca dengan banyak lagi. Idea untuk menyusun dan ilmu dalam penulisan juga haruslah mengikut perkembangan masa terkini. Dalam pada itu, penulisan blog juga salah satu cara untuk penulis meluahkan perasaan dan pendapat. Ini boleh memberi ilmu kepada pembaca tentang sesuatu perkara atau pendapat yang diberikan.

Rujukan

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim(2019), Eh!!! Media Sosial
Normaliza Abd Rahim (2014)


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar 2021 yang saya hasilkan sendiri menggunakan aplikasi Photoshop. Proses membuat kalendar ini sa...