Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1


Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

Cerita ini mengisahkan tentang Alim dan keluarganya yang pulang nenek dan datuknya di Kajang. Beliau mempunyai dua datuk dan nenek. Nenek dan datuk sebelah ibunya tinggal di Kajang manakala nenek dan datuk ayahnya tinggal di Melaka. Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung kerana ingin bermain dengan ayam dan itik datuk dan neneknya. Setelah tiba , Ali tercari-cari ayam dan itik kepunyaan datuk dan neneknya. Beliau sedih, marah dan marah kerana ayam dan itik tiada di kampung. Ibu, bapa, abang dan kakak pula sibuk mengangkat beg ke dalam rumah datuk dan nenek. Datuk dan nenek berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di reban. Sangkaan Alim bahawa ayam dan itik kepunyaan datuk sudah mati salah kerana mereka telah membuatkan reban yang baru yang dibuat khas oleh datuk. Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim masuk ke dalam rumah dan beliau menangis kerana keliru melihat keadaan rumah nenek tidak seperti biasa dan menyangkakan rumah datuk dan nenek telah tiada. Nenek terus membawa Alim untuk melihat keadaan sekeliling rumah mereka. Alim berhenti menangis dan terus menonton televisyen bersama abang dan kakaknya. Ibu bapa, nenek dan datuk Alim melihat kelakuan Alim  dan hairan mengapa Alim menangis tanpa sebab. Suasana yang berlainan di kampung membuatkan Alim dan sekeluarga menjadi rapat.


Rujukan

Normaliza Abd  Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi .
Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar 2021 yang saya hasilkan sendiri menggunakan aplikasi Photoshop. Proses membuat kalendar ini sa...