Friday 28 February 2020

BBM3410Satu: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Rujukan

Normaliza Abd  Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi .
Universiti Malaysia Terengganu


Sinopsis

    Sebagai seorang anak, saya berasa sangat berpuas hati dan tenang apabila dapat menolong ibu bapa saya setiap hari. Ia merupakan satu kebahagiaan apabila dapat menolong ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk membesarkan anak-anaknya. Tidak kira waktu, menolong ibu bapa itu satu kewajipan pada setiap insan yang bergelar anak. Seterusnya, sebagai seorang anak, kita  mestilah menyayangi mereka dengan sepenuh kasih sayang seperti mana mereka mencurahkan kasih sayang mereka kepada kita dia waktu kecil hingga dewasa. Selain itu, ketika berbual, berhubung dengan ibu bapa juga, kita mestilah menjaga budi pekerti kita. Jangan sesekali meninggikan suara dan bertingkah laku dengan kurang ajar. Sebagai anak, kita mestilah menjaga adab kita kepadsa ibu bapa. Sentiasalah meminta maaf kepada mereka setiap hari walau kita tidak membuat salah. Kita juga haruslah menyayangi keluarga dengan sepenuh hati. Merekalah insan yang akan menolong kita tika kita susah. Saya amat bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang sentiasa prihatin terhadap saya . Abang-abang yang sentiasa menolong adiknya walau apa keadaan sekalipun. Tika saya sedih keluarga saya sentiasa bersama saya, memberi kata-kata semangat untuk saya terus bangkit. Mereka sentiasa bersama saya ketika saya memerlukan mereka. Antara nikmat terbesar yang dipinjamkan di dunia ini ialah memiliki keluarga yang saling menyayangi antara satu sama lain. Saya sayang keluarga saya.









No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar 2021 yang saya hasilkan sendiri menggunakan aplikasi Photoshop. Proses membuat kalendar ini sa...