Thursday 20 February 2020

BBM3401Satu2020: CERITA SOSIAL 2



Sinopsis:

Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa


Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim telah membawa pulang buah-buahan yang telah dibelinya di pasar tani. Bapa membeli buah-buahan tersebut kerana bapa tahu bahawa anak-anaknnya gemar akan buah-buahan tempatan. Madinah kelihatan sangat teruja ketika melihat buah-buahan yang banyak manakala  Aisyah pula kelihatan gembira melihat buah manggis yang berada di dalam plastik. Ibu menasihati bahawa membuang sampah ke dalam bakul yang disediakan setelah selesai makan. Alim bertanyakan ibunya adakah boleh memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Beliau mengingati pesan ibu bapanya bahawa mesti saling berkongsi makanan atau barang yang kita suka. Alim berlari ke rumah Sulaiman dengan membawa plastik yang berisi makanan dan memberikan kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga . Sulaiman kelihatan tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim faham bahawa berkongsi itu baik. Setelah selesai makan, Alim menolong abang, kakak dan ibunya mengemas dan membuang sampah. Mak cik Timah yang merupakan ibu kepada Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Mak cik Timah kelihatan gembira kerana Sulaiman dan Alim berkawan baik. Beliau mendoakan akan kesihatan Alim dan kesejahteraan Alim sekeluarga.


Rujukan

Normaliza Abd  Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi .
Universiti Malaysia Terengganu






No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 Berikut merupakan kalendar 2021 yang saya hasilkan sendiri menggunakan aplikasi Photoshop. Proses membuat kalendar ini sa...